Tuesday, November 24, 2009

Izzat & Wahida...

Sesi luar pintu bersama OP Nasir Zin (www.nasirzin.com).. Kredit kepada beliau..
p/s : Walaupun hujan agak lebat, tp pasangan ini tetap selamba memberikan pose yg istimewa..

Tuesday, October 13, 2009

Auni...

Potrait yang sempat di rakam semasa kunjungan Aidul Fitri yang lalu...

Saturday, October 10, 2009

Fairuz & Dilla...




Padang Katong, Kangar, Perlis
3/10/2009

Monday, September 28, 2009

Aidul Fitri 2009....



Sambutan Aidul Fitri 2009...
p/s : 95 peratus pic entry ni blind shot...

My Hero forever...

Khalili bin Hashim.. begitulah nama insan yang menjadi 'hero'ku sedari kecil ku.. walaupun beliau berpewatakan seorang polis.. serius manjang bak kata mak aku.. tapi aku tahu, di dalam hatinya ada kasih sayang yang kadang2 terzahir & kekadang tersembunyi... Ya Allah, Engkau rahmatilah hidupnya dan jangan jauhilah ia dari redho-Mu.. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Friday, September 18, 2009

Nak jugak....?

Susahnya nak shot potrait bebudak ni.. Pic yg sempat aku shot semasa shopping kat Alor Star tempoh hari.. Setelah disogok ngan aiskrim, barulah senang skit keja aku.. Hehehe...

Saturday, September 5, 2009

Kualiti dan Pengalaman ATAU Harga yang Murah (tp mcm sampah)....?


Itulah persoalan yang selalu bermainkan di minda kebanyakan kita jika ingin mendapatkan servis dari seseorang photographer. Kepada bakal-bakal pelanggan sekelian, diharap anda dapat membuat pilihan yang tepat.
gjhg
Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda?....
Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
kjhkj
Pertama...

Kos Peralatan Kamera. Bagi menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
jkhkj
Kedua...
jhjk
Kemahiran Jurugambar. Bagi menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
n,mn
Ketiga...
kjlk
Masa Perkhidmatan. Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
n,mn
Keempat...
jlkj
Perkhidmatan Selepas Rakaman. Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
sdasda
Kelima...
dasdads
Kos material. Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
n,mn
Jadi....
nmbm
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
jhgjh
Artikel dipetik dari website sahabat fotografi saya saudara Aki (http://picturesyndicate.net)....